TARIKH PERJALANAN: 08-22 Mar 2013
HARGA PAKEJ
(3@4 orang sebilik)
Dewasa : RM 5790
Kanak-kanak : RM 5290
* 2 Orang sebilik tambahan RM 400.00 Seorang*
ATURCARA
PERJALANAN
HARI 1 : 08
MAC 2013 KUALA LUMPUR /
KARACHI / MADINAH
Berlepas dari KLIA, jam 1.10 tengahari dengan penerbangan Pakistan Airlines.
Tiba di Airport Karachi jam 4.00 petang,wakil PIA akan menjemput jemaah ke
kaunter transit untuk penerbangan seterusnya ke Madinah. Berlepas 6.35 petang
dan tiba di Airport Madinah, jam 8.35 malam. Wakil kami dan Muasassah akan
menjemput jemaah untuk urusan pengangkutan ke hotel Madinah. Tiba di hotel
Madinah terus check-in.
HARI 2 : 09
MAC 2013 MADINAH
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan
ibadat di Masjid Nabawi sambil menziarahi Makam Rasulullah.
HARI 3 : 10
MAC 2013 MADINAH
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di
sekitar Kota Madinah seperti melalui Perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid
Qiblatain, Jabal Uhud dan akhir sekali ke Pasar Tamar untuk membeli-belah
(kembali ke hotel untuk solat).
HARI 4 : 11
MAC 2013 MADINAH /
MAKKAH
Selepas Ziarah Selamat Tinggal, jemaah check-out dan menuju ke Masjid Bir
Ali untuk berniat umrah dan seterusnya ke Makkah untuk melakukan umrah bersama
Mutawif.
HARI 5 : 12
MAC 2013 MAKKAH
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakan
ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.
HARI 6 :
13 MAC 2013 MAKKAH
Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar kota Makkah
seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali
ke Ja’aranah sebelum kembali semula ke Mekkah. Di Ja’aranah jemaah boleh
berniat umrah sekiranya ingin mengerjakan umrah.
HARI 7 :
14-19 MAC 2013 MAKKAH
HINGGA HARI 12
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan
ibadah di Masjidil Haram atau melakukan umrah.
HARI 13 :
20 MAC 2013 MAKKAH / JEDDAH / KARACHI
Selepas mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal, jemaah berangkat ke Jeddah
Airport untuk penerbangan ke Karachi. Berlepas jam 10.30 malam dengan pesawat
PIA.
HARI 14 :
21 MAC 2013 KARACHI
Tiba di Airport Karachi jam 3.15 pagi, jemaah akan disambut oleh wakil PIA
untuk urusan imegrasen dan seterusnya menaiki bas menuju ke hotel untuk
penginapan. Jemaah boleh melakukan lawatan sampingan di Bandar Karachi (dengan
kos sekitar USD 10.00 seorang). Lewat petang kembali ke hotel. Check-out jam
11.30 malam terus ke Airport Karachi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 15 :
22 MAC 2013 KUALA LUMPUR
Jemaah berlepas dari Airport Karachi jam 2.40 pagi. Insa-Allah tiba di KLIA
jam 11.40 pagi pada hari yang sama.
*TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT*