4D 3N JAKARTA + PUNCAK + BANDUNG


Tarikh Lawatan: 16 - 19 Dec 2013
Harga: RM 1490 (min 20 dewasa)

Hari 01
T/M
Ketibaan Jakarta – Puncak
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, dijemput oleh wakil kami dan dibawa ke Puncak. Dalam perjalanan, singgah di Rumah Batik Danar Hadi, TMII dan Masjid Besar Puncak. Selepas makan malam, dihantar ke hotel untuk berehat.
Hari 02
S/T/M
Puncak - Bandung
Selepas bersarapan, tetamu dibawa ke Bandung. Dalam perjalanan, singgah di Cianjur untuk membeli makanan ringan. Lawatan diteruskan ke Gunung Berapi Tangkuban Perahu dan Kolam Air Panas Sariater. Tiba di Puncak, tetamu dibawa membeli-belah di Pusat Jeans Cihampelas dan factory outlet. Makan malam dan dihantar ke hotel untuk berehat.
Hari 03
S/T/M
Bandung - Jakarta
Selepas sarapan pagi, tetamu dibawa membeli-belah di Pasar Borong Pasar Baru. Kembali ke Jakarta dan dibawa ke Ancol Dreamland (tidak termasuk yuran masuk ke Fantasy Land, Sea World dan pertunjukan ikan lumba-lumba). Selepas makan malam, dihantar ke hotel untuk berehat.
Hari 04
S
Jakarta – Penerbangan Pulang
Bersarapan pagi di hotel. Selepas urusan pendaftaran keluar, sekiranya masa mengizinkan tetamu dibawa ke MONAS dan membeli-belah di Mangga Dua ATAU Cempaka Mas sebelum dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang
~Tertakluk kepada pindaan terakhir~

Harga Termasuk :
1)  Pengangkutan ketika lawatan di sepanjang waktu lawatan mengikut jadual.
2)  3 malam penginapan di hotel pilihan beserta sarapan pagi.
3) 3 x makan tengahari & 3 x makan malam di restoren Islam tempatan.
4)  Lawatan bersama pemandu pelancong berbahasa Melayu.
5)  Tips untuk pemandu pelancong.
6) Tiket penerbangan KL- Jakarta ( mengikut harga online semasa)



Read more…