Keunikan Surabaya dan Madura

Min 04 dewasa : RM 800/seorang

Termasuk 3 malam penginapan beserta sarapan pagi, 3 x makan tengahari, 3 x makan malam dan lawatan bersama pemandu pelancong.

Tempat-tempat menarik : Pulau Madura, ladang epal Malang, air terjun Coban Rondo, Kota Surabaya.

Sah sehingga 30 Jun 2012


Read more…

..::: PAKEJ HANGAT ke KOREA !!! :::..




Mari pergi melancong bersama orang tersayang melalui pakej kami yang hebat dan menakjubkan. Untuk yang terbaru kami ada sediakan pakej ke negara yang 4 musim iaitu KOREA SELATAN


Terkenal dengan pemandangannya yang indah serta menarik dan juga terkenal dengan pelakon dan penyanyinya yang cantik + handsome .

telefon kami jika anda berminat dengan pakej kami.

Tel : +609 2966919 / 2901019 Fax : + 609 2901020

salam hormat dan terima kasih.







Read more…

5H 4M PAKEJ MUSLIM KE BEIJING - AIR ASIA

Pakej istimewa individu untuk min 02 dewasa –Sah untuk pelepasan pada hari Isnin sahaja sepanjang tahun 2012)

Hari 01

(M)

LCCT – Tianjin - Beijing

Sila berada di LCCT selewat-lewatnya 2 jam sebelum penerbangan dan bertemu dengan wakil kami untuk urusan di lapangan terbang. Menaiki pesawat D7 2612 pada jam 08.30 pagi. Tiba di Tianjin pada jam 02.35 petang, dijemput oleh wakil kami dan dibawa ke Beijing dengan bas berhawa dingin. Tiba di Beijing, tetamu kemudian dibawa ke Gedung Sutera dan dibawa menyaksikan Pertunjukan Akrobatik. Selepas makan malam di restoren tempatan , dihantar ke hotel penginapan untuk berehat.

Hari 02

(S/T/M)

Beijing

Selepas bersarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke Pusat Jed dan ‘Crystal City’. Selepas makan tengahari dan bersolat di musolla yang disediakan di restoren, lawatan diteruskan ke Tembok Besar Juyongguan. Dalam perjalanan pulang ke Beijing, singgah di Pusat Rawatan Kulit Terbakar, Pasar Sunshine untuk membeli-belah dan melihat TV terpanjang didunia.

Hari 03

(S/T/M)

Beijing

Selepas bersarapan pagi, hari ini tetamu akan dibawa ke Dataran Tiannamen dan Kota Larangan. Selepas solat di Masjid Niujie, lawatan diteruskan ke Pusat Rawatan Herba. Kemudian tetamu diperkenalkan dengan budaya minum teh sebelum dibawa membeli-belah di Jalan Sutera, Pasar Russia dan Pasar Malam Wangfujing Donghuamen.

Hari 04

(S/T/M)

Beijing

Selepas bersarapan, lawatan diteruskan ke ‘Jewelry City’, Stadium Olimpik 2008 dan Gedung Pisau. Selepas solat di Masjid Nandouya, tetamu dibawa ke Istana Musim Panas, Pusat Mutiara, Pasar Sanlitun Yashow dan Pusat Pengeluaran Kopi Hard Rock.

Hari 05

(S/T)

Beijing - Tianjin

Selepas bersarapan, dihantar ke Tianjin dengan bas. Di Tianjin, lawatan dimulakan ke Jalan Budaya dan Pasar Makanan Ringan. Selepas makan tengahari, dibawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

~Aturcara lawatan tertakluk kepada pindaan terakhir~


Harga Seorang :

PENGINAPAN

Dewasa

Kanak-kanak + Tilam

Kanak-kanak x Tilam

Beijing Taishun Business Hotel

(4* - kategori tempatan)

RM 550.00

RM 490.00

RM 450.00



Harga termasuk :

1) Bantuan wakil kami untuk urusan di lapangan terbang LCCT ketika penerbangan ke Tianjin.

2) Visa ke Beijing.

3) Pengangkutan di Beijing mengikut aturcara.

4) 4 malam penginapan pilihan di Beijing (2 @ 3 org/bilik) beserta sarapan pagi.

5) 4 x makan tengahari dan 4 x makan malam mengikut aturcara di restoren islam tempatan.

6) Lawatan bersama pemandu pelancong berbahasa Melayu / Indonesia mengikut aturcara.

7) Tips untuk pemandu pelancong.


Harga tidak termasuk :

1) Tiket penerbangan pergi dan balik dari KL ke Beijing ~ tertakluk kepada tambang semasa Air Asia.

2) Perbelanjaan persendirian diluar aturcara.

3) Lawatan ke Zoo Panda – Tambahan RM 10/seorang (pilihan).



Jadual Penerbangan Air Asia :


KL (LCCT) / TIANJIN

D7 2612


08.30 Pagi / 02.35 Petang

Harga Semasa

TIANJIN / KL (LCCT)

D7 2613


03.50 Petang / 10.05 Malam


· Tambang termasuk 1 bagasi berdaftar 15kg/seorang, 1 x makan di dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan cukai lapangan terbang di Kuala Lumpur & Beijing.

· Harga tambang tertakluk kepada tambang on line ketika tempahan dilakukan.

· Bayaran tambang penuh perlu dijelaskan ketika tempahan dilakukan beserta 1 salinan MyKad @ 1 salinan passport antarabangsa yang sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.


TEMPAHAN & BAYARAN

Tempahan Penerbangan

Tertakluk kepada harga on line semasa ketika tempahan dilakukan.

Sila serahkan 1 salinan passport antarabangsa.

Bayaran penuh tambang semasa perlu dijelaskan ketika tempahan dilakukan.

30 hari sebelum tarikh berlepas

Bayaran penuh beserta passport antarabangsa yang sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh berlepas dan 1 keping gambar berukuran passport bagi tujuan visa.




NOTA :

Harga berdasarkan ‘seat in coach’ (berkongsi kenderaan dengan tetamu lain) dan hanya sah untuk pelepasan pada hari Isnin sahaja untuk sepanjang tahun.

Sekiranya berlaku sebarang pembatalan setelah tempahan penerbangan disahkan, pihak peserta perlu membayar tambang semasa ketika tempahan dilakukan dan tiada pemulangan bayaran tambang.

Pertukaran nama / tarikh tertakluk kepada terma pihak Air Asia.

Sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.

Salam hormat & harap maklum.


Read more…