MENINJAU 8 NEGARA EROPAH DI MUSIM BUNGA 2013


Harga : RM8000

Harga Sah untuk tempahan berkumpulan min 20 dewasa

Hari Pertama : KLIA – Frankfurt – Rhine(St Goar) – Colmar(France)
Tiba di Frankfurt airport, bertemu dengan pemandu(menunggu dgn nama anda) Menaiki bas untuk memulakan lawatan percutian anda, tempat pertama anda lalui adalah sepanjang Rhine Valley(sungai rhine) yang amat popular dikalangan pelancong sehingga ke St Goar salah sebuah bandar kecil tetua di German. Dari St Goar meneruskan perjalanan melalui Karlsruhe(black Forest) dan Strasbourg dalam kawasan “
Alsace dan Lorraine. [Alsace dan Lorraine], tidak seperti Kawasan Perancis yang lain, mempunyai kedua dua pengaruh Perancis dan Jerman. Kawasan ini terletak pada pertengahan timur Perancis, dan sebelah utara adalah Jerman dan ke timur oleh Sungai Rhine [dengan Jerman di sepanjang Rhine], selatan adalah Switzerland dan rantau Franche-Comte dan barat oleh pergunungan Vosges yang cantik. Bermalam di Colmar.

Hari Kedua : Colmar – Schaffhausen – Innsbruck(Austria)
Hari ini selepas sarapan anda menuju Schaffhausen untuk menyaksikan air terjun yang terbesar di Eropah(Rhinefall). Selepas itu meneruskan perjalanan ke Innsbruck(Austria) salah sebuah bandar tertua di Austria yang tekenal dengan Rumah Bumbung Emas nya. Bermalam di Innsbruck.

Hari Ketiga : Innsburck – Verona – Venice(Italy)

Selepas bersiar2 di Innsbruck meneruskan perjalanan ke Venice melalui Verona. Verona adalah bandar menyimpan sejarah Romeo dan Juliet dan Salah satu daripada bandar-bandar yang paling berkuasa semasa pemerintahan awal Empayar Rom, bandar lama Verona merupakan salah satu bahagian yang terbaik dipelihara di negara ini. Dan jangan ketinggalan melawat Juliet Balcony. Lewat petang meneruskan perjalanan ke Venice. Bermalam di Venice.

Hari Keempat : Venice – Milan – Lucerne
Selepas sarapan anda akan di hantar ke jeti untuk menaiki Water Taxi ke pulau Venice. Bersiar2 di pulau Venice bersama pemandu pelancong. Venice adalah pulau yang selalu di kunjungi pasangan untuk berbulan madu. Selepas makan tgh hari meneruskan perjalanan ke Milan. Milan sebuah lagi bandar di Negara Italy yang tekenal dengan barang2 berjenama di jual disini. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Lucerne. Lucerne salah satu bandar tumpuan pelancong dari serata dunia. Sangat terhibur berjalan2 di bandar Lucerne ini, sambil anda menyusur tasiknya yang cantik dengan air yang jernih, semuanya anda lakukan dengan berjalan kaki melalui Chapel Bridge, Water Tower, Lion Monument dan bersiar2 di Old Town sambil bebelanja di “Casagrande” kedai yang porpular dengan berbagai2 jenis cenderahati. Bermalam di Lucerne.

Hari Kelima : Lucerne Mt Titlis – Geneva
Selepas sarapan bersiar2 di bandar Lucerne kemudian meneruskan perjalanan ke Angelberg untuk menaiki puncak Mt Titlis melalu kawasan perkampungan yang cantik pemandangannya. Mt Titlis dikelilingi oleh glasier alpine. Semasa menaiki ROTAIR kereta kabel berpusing anda akan menyaksikan pemandangan menakjubkan crevasses dalam glasier dan bongkah batu ais gergasi. Di bahagian atas (3020 m - 10000 kaki), pemandangan indah Alps menanti anda. Selepas puas bermain snow ball di puncak Mt Titlis meneruskan perjalanan ke Geneva bandar United Nations dan bandar pusat pameran. Bermalam di Geneva

Hari Keenam : Geneva – Paris
Pagi bersiar2 di Geneva, kemudian meneruskan perjalanan ke Paris. Bermalam di Paris

Hari Ketujuh : Paris

Hari ini anda akan menikmati keindahan bandaraya Paris. Anda akan dibawa melawat tempat2 menarik di sekitar kota Paris seperti melawat Vendome Square, Old Opera house, Notre Dame, Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Concorde dan banyak lagi.
“Champ Elysee Avenue” (Champ Elysee adalah dataran yang terkenal jadi tumpuan orang ramai).

Hari Kelapan : Paris – Amsterdam

Meneruskan percutian anda ke Amstedam, terus ke Volandam sebuah perkampungan nelayan yang terkenal di Holand ini dimana anda boleh membeli cendera hati yang banyak dijual disini. Juga tidak ketinggalan ke Zaanse Schans perkampungan kincir angin yang terletak di river zaan. Dalam perjalanan anda juga berpeluang singgah di kilang membuat keju. Sekiranya masih ada masa selepas balik dari Volandam boleh lah anda menaiki Canal Cruise untuk mengetahui sejarah bandar Amsterdam. Bermalam di Amsterdam.


Hari Kesembilan : Amsterdam – Brussel(210km) – London

Pagi anda akan ditemani pemandu pelancong selama 2 jam Amsterdam city tour. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Brussel dimana anda akan melawat Ibu Kota Kesatuan Eropah ini besama pemandu pelancong. Petang meneruskan perjalanan ke London menaiki Eurostar dari Gare du Midi station. Sampai di St Pancras(London) station pemandu menunggu anda untuk menghantar anda ke hotel. Bermalam di London


Hari Kesepuluh : London
Hari ini masa anda untuk mengenali kota London, anda akan dibawa melawat Kensington Palace, Houses of Parliament, Westminster Abbey, Trafalgar Square and the Changing of the Guard at Buckingham Palace, Tower of London, London Bridge.

Hari Kesebelas : London
Aturcara bebas


Hari Keduabelas : London – Kuala Lumpur

Aturcara bebas sebelum pemandu menghantar anda ke airport untuk penerbangan pulang ke tanah air.

Harga Termasuk:

1. Kenderaan sepenuh masa dari hari pertama sampai hari duabelas( 9-10 jam sehari)

2. Khidmat pemandu pelancong di Venice

3. Khidmat pemandu pelancong di Paris

4. Khidmat pemandu pelancong di Brussel

5. Khidmat pemandu pelancong di Amsterdam

6. Khidmat pemandu pelancong di London

7. Eurostar ticket Brussel ke London

8. Penginapan hotel 2 star 11 malam

9. Aida travel fees, Vat and city tax.

10. Tiket penerbangan 2 hala dari KL – Frankfurt dan London – KL ~ tertakluk kepada tambang on line semasa.


Harga Tidak Termasuk :

  • Pengangkutan 2 hala ke Lapangan Terbang KLIA.
  • Makan dan minum ketika lawatan.
  • Tips untuk pemandu pelancong.
  • Perbelanjaan persendirian diluar aturcara lawatan.

0 comments:

Post a Comment

Please leave your name and e mail address.
We will get back to you shortly.