UMRAH VIA KARACHI

15 HARI 12 MALAM UMRAH VIA KARACHI ( PAKISTAN AIRLINES)
TARIKH PERJALANAN: 08-22 Mar 2013
HARGA PAKEJ (3@4 orang sebilik)

Dewasa : RM 5790

Kanak-kanak : RM 5290
* 2 Orang sebilik tambahan RM 400.00 Seorang*

ATURCARA PERJALANAN

HARI 1 :              08 MAC 2013                    KUALA LUMPUR / KARACHI / MADINAH
Berlepas dari KLIA, jam 1.10 tengahari dengan penerbangan Pakistan Airlines. Tiba di Airport Karachi jam 4.00 petang,wakil PIA akan menjemput jemaah ke kaunter transit untuk penerbangan seterusnya ke Madinah. Berlepas 6.35 petang dan tiba di Airport Madinah, jam 8.35 malam. Wakil kami dan Muasassah akan menjemput jemaah untuk urusan pengangkutan ke hotel Madinah. Tiba di hotel Madinah terus check-in.

HARI 2 :              09 MAC 2013                    MADINAH
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadat di Masjid Nabawi sambil menziarahi Makam Rasulullah.

HARI 3 :              10 MAC 2013                    MADINAH
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti melalui Perkuburan Baqi, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan akhir sekali ke Pasar Tamar untuk membeli-belah (kembali ke hotel untuk solat).

HARI 4 :              11 MAC 2013                     MADINAH / MAKKAH
Selepas Ziarah Selamat Tinggal, jemaah check-out dan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat umrah dan seterusnya ke Makkah untuk melakukan umrah bersama Mutawif.

HARI 5 :              12 MAC 2013                    MAKKAH
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakan ibadat di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 6 :               13 MAC 2013                      MAKKAH
Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar kota Makkah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Ja’aranah sebelum kembali semula ke Mekkah. Di Ja’aranah jemaah boleh berniat umrah sekiranya ingin mengerjakan umrah.

HARI 7 :              14-19 MAC  2013              MAKKAH
HINGGA HARI 12
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram atau melakukan umrah.

HARI 13 :            20 MAC  2013                  MAKKAH / JEDDAH / KARACHI
Selepas mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal, jemaah berangkat ke Jeddah Airport untuk penerbangan ke Karachi. Berlepas jam 10.30 malam dengan pesawat PIA.

HARI 14 :            21 MAC  2013                   KARACHI
Tiba di Airport Karachi jam 3.15 pagi, jemaah akan disambut oleh wakil PIA untuk urusan imegrasen dan seterusnya menaiki bas menuju ke hotel untuk penginapan. Jemaah boleh melakukan lawatan sampingan di Bandar Karachi (dengan kos sekitar USD 10.00 seorang). Lewat petang kembali ke hotel. Check-out jam 11.30 malam terus ke Airport Karachi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 15 :            22 MAC  2013                   KUALA LUMPUR
Jemaah berlepas dari Airport Karachi jam 2.40 pagi. Insa-Allah tiba di KLIA jam 11.40 pagi pada hari yang sama.

 *TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT*


 

0 comments:

Post a Comment

Please leave your name and e mail address.
We will get back to you shortly.