Hari 01 : Penang (M)
Sila berada di Penang International Cruise Terminal (Swettenham Port) ( selewat-lewatnya pada jam 1.00 tengahari untuk urusan daftar masuk). Sila bawa passport antarabangsa yang sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh bertolak dan pengesahan tempahan. Sila ambil ‘Star Navigator program’ di ‘deck 4’ untuk rujukan aktiviti yang akan diadakan di atas Cruise. Anda juga boleh membuat tempahan lawatan ke Phuket dan Krabi di ‘deck 4’ ~ kos sendiri. Cruise akan mula berlayar pada pukul 5 petang.
Hari 02 : Phuket (S/T/M)
Sarapan pagi disediakan di Mariners Buffet (Deck 9). Cruise dijangka tiba di Phuket pada jam 12.00 tengahari. Sila rujuk star navigator program (deck 4) untuk mendapatkan aktiviti yang akan dijalankan di atas Cruise sekiranya tidak membeli pakej lawatan ke Phuket. Cruise akan berlayar daripada Phuket pada jam 1.00pagi.
Hari 03 : Krabi (S/T/M)
Cruise dijangka tiba di Krabi pada jam 10 pagi. Selepas bersarapan anda boleh membuat aktiviti sendiri samaada membeli pakej lawatan ke Krabi (tempahan mestilah dibuat awal sekurang-kurangnya 1 hari sebelum di ‘deck 4’) atau mengikuti aktiviti yang diadakan di atas Cruise. Cruise dijangka berlayar daripada Krabi pada jam 7.00 malam.
Hari 04 : Penang (S)
Dijangka tiba di Penang pada pukul 12.00 tengahari dan bertolak pulang ke Temerloh
Harga pakej termasuk :
1. 3 malam penginapan di Cruise.
2. Sarapan pagi, makan petang, makan tengahari, makan malam, supper seperti aturcara.
3. Tiket masuk ke pertunjukan secara langsung yang diadakan di atas Cruise (aktiviti yang terdapat di dalam pengesahan tempahan sahaja).
4. Pengangkutan dua hala ke Penang
Harga tidak termasuk :
1. Pakej lawatan ke Krabi dan Phuket (sekiranya berminat sila ke Deck 4 untuk membuat tempahan lawatan)
2. Passport antarabangsa yang sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh berlepas
3. Perbelanjaan persendirian diluar aturcara.
4. Makan minum di luar aturcara.
BILIK HARGA DEWASA/KANAK2
Nota: 2 katil ‘single’ dengan tingkap RM 2000
Oceanview Stateroom with Window (Deck 3/4/6) ~ 2 org/bilikNota: 2 katil ‘single’ dengan tingkap RM 1700